Maklumat Enrolmen Mata Pelajaran Elektif Jun 2008

Perhatian kepada semua ketua panitia, satu kutipan data Enrolmen Mata Pelajaran Elektif akan dijalankan pada minggu ini. Diharap semua ketua panitia dapat membekalkan data yang dikehendaki dengan tepat dan sahih. Satu edaran kutipan data akan diedarkan pada minggu ini.

~Sekian, terima kasih.

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 6 Rendah

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru bagi tingkatan 6 rendah. Selamat mendaftar dan menjadi warga SMKDHAK

PENILAIAN TAHAP PROFESIENSI (PTP) 2008

Makluman tarikh baru bagi peperiksaan (PTP)

1. Writing & Listening Component :-28 Jun 2008.
2. Speaking Component :- 6, 12 dan 19 Julai 2008.


Sekian dimaklumkan.

Mesyuarat Guru Kali Ke 5 Tahun 2008

Mesyuarat Guru akan diadakan seperti berikut,

Tarikh : 10 April 2008
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Anjung Sidang.

Semua guru diwajibkan hadir.

Selamat Datang

Warga Sekolah mengucapkan selamat datang kepada Puan Hajjah Salehah Bt Ghazali sebagai pengetua baru ke sekolah. Semoga kehadiran Puan Pengetua dapat meneruskan kesinambungan dalam usaha untuk menjayakan visi dan misi sekolah.

Galeri Gambar Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah

Hari Anugerah Cemerlang 2008 Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 32

Untuk makluman semua , pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2008 Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 32 pada tarikh dan masa seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 29 Mac 2008
Masa : 8.00 Pagi -12.30 Tengahari

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput semua waris untuk menghadiri majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah di talian 04-5751249.

Sekian, Terima Kasih.

WARIS JAYA 1

TAJUK : WARIS JAYA I

PERSONEL: SEMUA KELAS PEPERIKSAAN TING 3,5 DAN 6

TARIKH : 01/02/08

TEMPAT : Kelas Tingkatan 3,5 dan 6

Sehubungan itu mohon semua penyelaras tingkatan dan guru guru matapelajaran bersedia untuk membantu waris dalam menjayakan program ini agar ia lebih baik dari tahun sebelumnya dan atas komitmen semua guru saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan selam menjalankan tugas.
Terima kasih.

Pengetua

SEKOLAH SETELIT OLAHRAGA JPN MSN PP

TAJUK : SEKOLAH SETELIT OLAHRAGA JPN MSN PULAU PINANG
TARIKH : 01.01.2008
Sehubungan dengan penganugerahan diatas saya bagi pihak SMKDHAK ingin merakamkan ucapan Jutaan terima kasih kepada JPN dan MSN kerana meletakkan kepercayaan kepada kami dan juga tahniah kepada semua rakan-rakan guru SMKDHAK atas prestasi dan dokongan rakan-rakanlah yang memungkin ini semua terjadi. Sehubungan itu saya amat memerlukan sokongan dan komitmen semua rakan-rakan dalam memperkasakan lagi sekolah kita yang kita sayangi.

Sekian terima kasih

Pengetua

Mesyuarat PIBG

Semua ajk PIBG diwajibkan hadir ke mesyuarat kali pertama 2008
tempat : bilik anjung sidang
masa : 5.00 petang